Feeds:
Posts
Comments

palestine

KEMBARA PALESTIN

Tarikh

  • 31 Jan 2009, Sabtu

Masa

  • 7.30 pagi – 5 petang

Tempat

  • Bermula di Kompleks JIM, Taman Melawati, KL dan berakhir di Dataran Petaling Jaya

Aktiviti

  • Konvoi 100 buah kereta. Edaran 1 Juta risalah Palestin, Kempen Jualan Amal RM5 dan Kutipan Tabung Palestin seluruh daerah di Negeri Selangor dan di beberapa lokasi terpilih.

MALAM SUARA KEMANUSIAAN PALESTIN 2009

Tarikh

  • 31 Jan 2009, Sabtu

Masa

  • 6.00 ptg – 11.30 malam

Tempat

  • Dataran Petaling Jaya (berdekatan Am Corp Mall PJ)

Aktiviti

  • Gerai Jualan
  • Pameran
  • Solat Hajat
  • Pidato Perdana daripada PACE, Aman Palestin, JUST, COMPLETE, wakil Gereja, wakil-wakil NGO yang bernaung dibawah Coalition Malaysian NGOs Against Persecution Of Palestinians (COMPLETE)
  • Persembahan
  • Pentomin
  • Sajak
  • Nasyid

Anjuran

  • JIM Negeri Selangor
  • PACE
  • KARISMA dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya disokong oleh COMPLETE

Poster untuk Malam Suara Kemanusiaan Palestin 2009 korang bleh download kat bawah ni..

Poster MALAM SUARA KEMANUSIAAN PALESTIN 2009

Atucara Program

5.00 Ptg

  • Peserta Kembara Tiba, Pameran, Jualan

7.30 Malam

  • Solat Maghrib & Hajat

8.00 Malam

  • Ketibaan Jemputan Dan Orang Ramai & Tayangan video (Jerusalem The Promise of Heaven)

8.15 Malam

  • Ketibaan Tetamu Kehormat

8.40 Malam

  • Solat Isyak

9.00 Malam

  • Pengerusi Majlis Memulakan Majlis
  • Ucapan Aluan Pengarah Program
  • 1st chanting by COMPLETE volunteers

9.05 Malam

  • Tayangan video klip – Gaza at Night/Micheal Hart

9.15 Malam

  • Penyampaian Pidato/Forum:
  1. Hj. M. Shahool Hamid (Aman Palestin-History)
  2. Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi (JUST-Today)
  3. Hj. Roslan Hashim (PACE-Action Plans)
  4. Q & A

9.50Malam

  • Penyampaian: Sdr Adnan (COMPLETE)

9.55Malam

  • Ucapan Solidariti drp wakil-wakil NGO dan Parti Politik
  1. Sivin Kit (Church)
  2. Indian rep (Thru Kamar Oniah)
  3. ACCIN Pn Sabariah
  • 2nd chanting by COMPLETE volunteers

10.20Malam

  • Pentomin: Palestinian Childrens (PIC Shafie & Cikgu Azmi)

10.30Malam

  • Ucapan Wakil drp Palestin
  1. Dr Maan
  2. Sis Lana

10.40Malam

  • Deklamasi sajak

10.50Malam

  • 3rd chanting by COMPLETE Vs Karisma

11.00Malam

  • Doa Penutup & Bersurai

KEMPEN EDARAN 1 JUTA RISALAH DI PASAR TANI MEGA, SHAH ALAM

Tarikh

  • 8 Feb 2009, Ahad

Masa

  • 8.00 pg – 12.00 tgh

Tempat

  • Pasar Tani Mega, Shah Alam (Tempat letak kereta Stadium Shah Alam)

Aktiviti

  • Peserta bersama keluarga akan mengedaran risalah kepada pengunjung pasar tani bagi memupuk semangat perjuangan bersama-sama dalam keluarga dalam membela rakyat Palestin.
  • Gerai jualan amal
  • kutipan derma
  • program anak-anak dan remaja

Anjuran

  • JIM Negeri Selangor
  • PACE
  • KARISMA dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam disokong oleh COMPLETE

p/s: untuk info lanjut sila layari www.freedom4palestine.jim.org.my

“Budak Kecik Takot” telah kembali menemui anda sekalian..hahahah…dah lama sangat dah aku tak menulis ni..rasa rindu sangat nak menaip2 dan mengedit2..huhu..sekarang ni aku kat Johor Bahru sedang bercuti2 Malaysia bersama family tercinta… :-) trime kasih kepada Hotel Seri Malaysia yang menyediakan perkhidmatan wifi kat bilik aku ni..hehe..

At 1st..rasanya belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah yang ke 1430..dan juga Selamat Tahun Baru 2009 kepada korang semua…okeh…happY!!!!!!!!!!!

Dan aku nak berkongsi serba sedikit dengan korang tentang pengalaman aku dalam menyambut tahun baru..iaitu smbutan Maal Hijrah pada 28 Disember lepas dan sambutan Tahun Baru 2009 pada 31 Disember..apakah perbezaannya?..berapa ramai diantara kita yang pergi ke masjid pada petang 28 Disember lalu dan berapa ramai diantara kita yang pergi ke tempat2 sambutan tahun baru 2009?..

Aku rasa bersyukur kerana aku sempat untuk menghadirkan diri untuk menyambut kedatangan tahun hijrah 1430 di Masjid Sultan Abu Bakar di tempat aku untuk bersama membaca doa akhir dan awal tahun..(bukan untuk riak ataupun nak cakap aku ni baik keh..anda jangan salah paham plak..aku pon sama2 jahil..huhu) dan aku juga dapat gak berpusu2 pergi ke kota Melaka untuk menyaksikan sambutan tahun baru 2009…hehe..walaupun ramai yang datang ke masjid pada 28hb tu (Alhamdulillah)..tapi masih tak dapat nak lawan manusia yang datang ke dataran Ayer Keroh pada malam 31 hb..dan apa yang aku nampak semasa di masjid ialah..golongan muda yang datang ke masjid adalah dalam 20% sahaja, dan mungkin kurang daripada jumlah tu..dan pada malam 31 pula, aku rasa lebih dari 80% yang pergi menyambut ialah dari golongan muda…adakah golongan muda sekarang ni semakin meminggirkan Islam??..

bermacam2 pesta diadakan untuk menyambut tahun baru ni..ada yang berpesta, ke kelab hiburan, pesta seks, mabok, dadah dan macam2 lagi la..apa sebenarnya yang dorang nak?..hiburan semata2?..entah la labu..yang pasti golongan remaja sekarang semakin hebat..

Kita juga dikejutkan dengan satu kecelakaan ngeri yang berlaku pada malam tahun baru yang telah meragut nyawa 2 orang selepas mereka pulang dari meyambut tahun baru..amat menyayat hati..semoga roh Nur Aina Rashid, 23, dan Nor Salina Abd Wahab, 20 sentiasa dicucuri rahmat..sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihan kepada roh mereka..untuk berita lanjut —–>Tragic end to New Year fun

Dan juga berita tergempar apabila 2 selebriti dicekup dalam satu pesta seks dan dadah di hotel..seorang pembaca berita dan seorang lagi pelakon..bagus la tu..nanti boleh la si “pembaca berita” tu bacakan berita penangkapan beliau sendiri..hahaha..

Akhir sekali..kepada korang2 semua..berhati2 lah kat jalan raya..dan dimana jua anda berada..kalau duduk kat blakang, jangan lupa pakai tali pinggang keledar..walaupun agak tak menyelesekan..tapi untuk kebaikan gak..pakai je la..bukan susah pon..kan?..diharap lepas ni kemalangan maut kat Malaysia ni akan berkurangan dengan penguatkuasaan undang2 baru ni..kalau tak gak..mebi kita kena drive kereta pakai topi keledar plak pasni..heheh..

p/s: marilah kita bersama menuju kearah kebaikan…azam untuk tahun 2009..

Perhatian!

Sori kepada korang2 kerana dah lama aku tak mengupdate blog aku ni..sejak aku menjejakkan kaki kat muka bumi semenanjung aku belum berapa berkesempatan..maklumlah kat rumah aku tarak internet..huhu..dulu pernah gak aku berhajat untuk pasang streamyx, tapi kat rumah aku takde orang..just ayah dan mak aku..dorang bukan guna pon..jadi apa motiflah untuk aku pasang..kn2?..hmm..pon terpaksa gi cafe yang menyediakan WIFI..terima kasih kepada Delikateza kerana menyediakan kemudahan camni.. :-) siap ada nyanyi2 Merry Christmas lagi..hahaha..

Kepada mereka2 yang menyambut Christmas…Merry Christmas!!!!!….

Dan satu lagi berita yang aku nak sampaikan ialah mengenai kawan aku “tok moh” ataupun Saiful Nizam Bin Rahmat yang baru sahaja menimang cahaya mata pada 19 Disember lepas…dan entri mengenai beliau dalam blog aku ni..untuk pengetahuan korang..baby beliau telah menghidap komplikasi jantung..dan sekarang baby dia yang bernama Khuzaifah Izham berada di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar setelah menjalani proses pembedahan membuat bypass jantung di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru..

Kemudian baby Khuzaifah Nizam akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara untuk pembedahan membetulkan salur darah..untuk pembedahan itu kawan karib aku, saudara Saiful Nizam memerlukan bantuan kewanagn kerana kos rawatan yang tinggi seperti yang korang sendiri tahu..kepada mereka2 yang berminat untuk membantu baby ni..korang boleh bank in kan sumbangan korang kat akaun di bawah ini..okeh…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akaun Semasa Ambank Berhad :

THE COVENANT ADVISOR

018 202 2002 185

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sumbangan2 korang sangatlah dihargai..semoga tuhan yang merahmati jasa baik kalian..dan korang doakanlah agar baby Khuzaifah Izham ni selamat dalam menjalani pembedahan…

p/s: kepada tok moh..aku harap ko tabah menghadapi dugaan ni..semoga anak ko selamat..Aminn…dan kepada korang..ni bukan cerita rekaan..korang boleh contact aku untuk kepastian..aku akan terangkan dengan lebih lanjut..

Selamat Menjadi Bapa

Malam ni pada jam 10.41 malam..nek moh ataupun Elly, isteri kepada tok moh telah selamat melahirkan zuriat di hospital beasr Muar..Alhamdulillah..tahniah kepada ko tok moh..dan sekarang ni secara rasminya ko sudah bergelar seorang ayah ataupun bapa..jadi lah seorang bapa yang bertanggungjawab keh!.. :-)

Congrats!

Congrats!

Congrats!

Aku kat sini..walaupun jauh turut menumpang gembira gak dengan kelahiran anak tok moh ni..pasni boleh la aku bergurau senda dengan anak ko tu ye tok moh..hahah..

Pada jam 9.30mlm tadi..aku telah menerima sms dari nuox berbunyi camni “salam, sekadar info, elly (isteri gemuk) skrg ni ade dlm dewan bedah HPSF bersedia utk mlahirkn baby”..dan pada jam 10.41 mlm pula, satu sms lagi diterima, dan berbunyi camni..” Berita gembira. Tok moh n elly dh dpt baby boy sbentar td..Alhamdulillah.” Kepada kawan2 yang mengenali tok moh dan elly..berikanlah kongrat anda keh..kepada tok moh..kalau ko nak namakan anak ko tu..ko bagilah dia nama RIDHA..best nama tu wa cakap lu..hehehehe.. :-)

Dan aku dipahamkan oleh nuox bahawa, elly dimasukkan ke hospital sebelum tu kerana menghidapi demam “Chikunya”..dan untuk mengelakkan komplikasi kepada kandungan tu..pihak hospital telah membuat keputusan untuk melakukan pembedahan untuk baby tok moh..Alhamdulilah semua berjalan lancar..

Apa itu demam Chikunya?

Mengikut kajian aku la..demam Chikunya ni merupakan demam2 sendi dan saraf..tidaklah terlalu dangerous..tapi tak tahu la..maybe berbahaya kepada ibu yang sarat mengandung kot..jadi korang jagalah diri baik2 ye..sebab sekarang ni musim hujan dan cuaca tak menentu..penyakit demam, selsema, batuk semua senang jangkit..okeh..take gud care semua..

p/s: tok moh..nanti aku blk aku lawat baby ko..hehe..

Sugar Bun?

Pada 13 December, last week la..aku, tasnim dan sorang lagi geng, Ugam pergi makan kat “Sugar Bun” di area Satok, Kuching..Mesti ada yang diantara kita yang tak mengenali apakah itu “Sugar Bun” yang aku maksudkan tu kan?..especially semenanjungrian…hahaha..”Sugar Bun” bukanlah roti bergula atau gula untuk membuat roti..tetapi merupakan sebuah syarikat fast food di Malaysia ni..walaupun tak berapa nak popular la jika dibandingkan dengan KFC, Mc Donald, Pizza dan etc..kepada yang tak paham2 lagi apa tu “Sugar Bun”..korang klik la kat sini..pergi kat website dorang..

Mengikut kefahaman aku, dulu masa aku kecik2 terdapat banyak juga la restoran Sugar Bun kat semenanjung..tapi semua macam dah hampir pupus..dan seingat aku, aku pernah makan sekali je dulu..masa cawangan Sugar Bun di buka kat tempat aku beberapa tahun yang lepas..

Dan aku nak tunjukkan beberapa gambar yang berjaya aku rakamkan ketika aku mengisi perut disitu.. :-)

sugar_bun

Dan keadaan didalam kedai berkenaan yang agak lengang…

sugar_bun_kaunter

Dan juga habuan aku……hehe..

com0rg129

3_layer_teaTree Layer Tea…ni la penarik untuk aku makan kt situ..

Chicken_burgerChicken Burger

botol_sosBotol sos yang yang menunjukkan imej tak seberapa..macam kat warong je

bilBil yang tersangat panjang..

Amacam?..nampak best tak?..kalau korang nak tahu..pegi la ke cawangan Sugar Bun yang berdekatan…hahah..apapun aku amatlah terkejut semasa diberi bil yang panjang berjela..padahal bil tu hanya untuk makanan yang berharga RM12.13 sahaja..panjang bil tu macam beratus2 aku makan..hahah..

Aku rate restoran fast food ni 5.5/10..0.5 tu pun kerana simpati..hehehe..makanan memang agak kureng..tapi harga boleh tahan la murah..dan aku sangat suka “Tree Layer Tea” tu..nyum2.. :-) Dan satu lagi..staf disitu sangat la tak mera alam..dan keadaan dapur mereka sangat tak menampakkan kualiti sebuah restoran fast food..hmm..rasa macam makan kat kafe makcik Rabiah je..malahan kafe makcik Rabiah lagi bagus..hahaha..dan sekarang aku tahu kenapa restoran ni tak mendapat sambutan..

Apapun..aku sangat kenyang..tahniah kepada Sugar Bun..teruskan usaha kalian untuk menjadi syarikat fast food terunggul di Malaysia..semoga kalian berjaya!..

p/s: untuk pengetahuan korang..aku tidak dibayar pon oleh makcik Rabiah untuk memuji kafe beliau..hehe..

Tag!

Aku di tag!..tiba2 aku di tag oleh Awandanya..aku ingat komen ape la yang panjang berjela2..rupanya tag..apapun aku layankan aje la dia..kang kecik ati lak..hehe..(jangan marah keh Awandanya, bergurau kn amalan mulia .. :-) ) kepada sesiapa yang berminat nak baca, layan la..kalau tak..abaikan je..tag berkenaan adalah seperti dibawah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

RULES OF DIS GAME:-
Title: Do the “Letter MEME”. Tag no less than 5 other people, and leave them a comment, informing them that they have been tagged. Then copy the “How-to” Letter Meme, and finish your Journal entry.

-> How you do the Letter Meme:

Dear ________(the last person who left a comment on your blog/journal):

I don’t really know how to tell you this, but ___1___. I think I realized it ___2___ ___3___ and I saw you ___4___ ___5___. I’m sure you’re ___6___ enough to understand ___7___. I’m returning ___8___ to you, but I’ll keep ___9___ as a memory. You should also know that I ___10___ ___11___ .

___12___,
-Your name-

Just fill in the blanks on top based on the answers you are gonna choose below:

1. What’s the color of your shirt?
Blue – Our romance is over
Red – Our affair is over
White – I’ll join the monastery
Black – I dislike you
Green – Our horoscope doesn’t match
Grey – You’re a pervert
Yellow – I’m selling myself
Pink – Your nostrils are insulting
Brown – The mafia wants you
No shirt – You’re a loser
Other – I’m in love with your sister

2. Which is your birth month?
January – That night
February – Last year
March – When your dwarf bit me
April – When I tripped on sesame seeds
May – First of May
June – When you put cuffs on me
July – When I threw up
August – When I saw the shrunken head
September – When we skinny dipped
October – When I quoted Santa
November – When your dog ran amok
December – When I changed tennis shoes

3. Which food do you prefer?
Tacos – In your apartment
Pizza – In your camping car
Pasta – Outside of Chicago
Hamburgers – Under the bus
Salad – As you ate enchilada
Chicken – In your closet
Kebab – With Paris Hilton
Fish – In women’s clothing
Sandwiches – At the Hare Krishna graduation
Lasagna – At the mental hospital
Hot dog – Under a state of trance
None of the above – With George Bush and his wife

4. What’s the color of your socks?
Yellow – Hit on
Red – Insult
Black – Ignore
Blue – Knock out
Purple – Pour syrup on
White – Carve your initials into
Grey – Pull the clothes off
Brown – Put leeches on
Orange – Castrate
Pink – Pull the toupee off
Barefoot – Sit on
Other – Drive out

5. What’s the color of your underwear?(pepandai le cover line yek…agagagaga)
Black – My best friend
White – My father
Grey – Bill Clinton
Brown – My fart balloon
Purple – My mustard soufflé
Red – Donald Duck
Blue – My avocado plant
Yellow – My penpal in Ghana
Orange – My Kid Rock-collection
Pink – Manchester United’s goalkeeper
None – My John F. Kennedy-statue
Other – The crazy monk

6. What do you prefer to watch on TV?
Scrubs – Man
O.C. – Emotional
One Tree Hill – Open
Heroes – Frostbitten
Lost – High
House – Scared
Simpsons – Cowardly
The news – Mongolic
Idol – Masochistic
Family Guy – Senile
Top Model – Middle-class
None of the above – Ashamed

7. Your mood right now?
Happy – How awful I’ve felt
Sad – How boring you are
Bored – That Santa doesn’t exist
Angry – That your pimples are at the last stage
Depressed – That we’re cousins
Excited – That there is no solution to this
Nervous – The middle-east
Worried – That your Honda sucks
Apathetic – That I did a sex-change
Ashamed – That I’m allergic to your hamster
Cuddly – That I get turned on by garbage men
Overjoyous – That I’m open
Other – That Extreme Home Makeover sucks

8. What’s the color of your walls in your bedroom?
White – Your ring
Yellow – Your love letters
Red – Your Darth Vader-poster
Black – Your tame stone
Blue – The couch cushions
Green – The pictures from LA
Orange – Your false teeth
Brown – Your contact book
Grey – Our matching snoopy-bibs
Purple – Your old lottery coupons
Pink – How awful I’ve felt
Other – Your memories from the military service

9. The first letter of your first name?
A/B – Your photo
C/D – The oil stocks
E/F – Your neighbour Martin
G/H – My virginity
I/J – The results of your blood-sample
K/L – Your left ear
M/N – Your suicide note
O/P – My common sense
Q/R – Your mom
S/T – Your collection of butterflies
U/V – Your criminal record
W/X – David’s tricot outfits
Y/Z – Your grades from college

10. The last letter in your last name?
A/B – Hate your guts
C/D – Never will forget
E/F – Always wanted to break
G/H – Never openly mocked
I/J – Always have felt dirty before
K/L – Will tell the authorities about
M/N – Told in my confession today about
O/P – Was interviewed by the Times about
Q/R – Told my psychiatrist about
S/T – Get sick when I think of
U/V – Always will try to forget
W/X – Am better off without
Y/Z – Never liked

11. What do you prefer to drink?
Water- Our friendship
Beer – Senility
Soft drink – A new life as a clone
Soda – The incarnation as an eskimo
Milk – The apartment building
Wine – Cocaine abuse
Cider – A passionate interest for mice
Juice – Oprah Winfrey imitations
Mineral water – Embarrassing rash
Hot chocolate – Eggplant-fetishism
Whisky – To ruin the second world war
Other – To hate the Boston Celtics

12. To which country would you prefer to go on a vacation?
Thailand – Warm regards
USA – Best regards
England – Good luck on your short-term leave from jail
Spain – Go and drown yourself
China – Disgusting regards
Germany – With ease
Japan – Go burn
Greece – Your everlasting enemy
Australia – Greetings to your frog Leonard
Egypt – Fuck off now
France – In pain

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan ni jawapan dari aku kepada tag beliau itu…

Dear Awandanya:

I don’t really know how to tell you this, but i’ll join the monastery. I think I realized it when your dog ran amok with Paris Hilton and I saw you ignore my avocado plant. I’m sure you’re frostbitten enough to understand that I did a sex-change. I’m returning your ring to you, but I’ll keep your suicide note as a memory. You should also know that I told my psychiatrist about embarrassing rash.

Go burn,
-Scare♥Little♥Boy-

Dan orang2 yang akan di tag oleh aku:

p/s: yang pasal underwear tu aku tipu la..korang jangan caye..

Presiden Amerika george bush telah menerima cenderemata yang unik semasa lawatan beliau ke Iraq, iaitu dua balingan kasut secara percuma dari salah seorang wargenagara Iraq..

Aksi-aksi bush mengelak lontaran kasut

Ketika insiden, bush tengah mengadakan sidang media bersama perdana menteri Iraq, Nouri al-Maliki..kunjungan bush ke negara itu bersempena dengan 37 hari sebelum beliau meninggalkan White House..Bush akan digantikan dengan presiden baru, Barrack Obama pada 20 Januari ini..

Wartawan berkenaan menjerit “Ini ciuman perpisahan untuk anda, anda anjing!” (dalam bahasa arab) ketika membaling kasut itu..malangnya, lemparan yang dilakukan oleh wartawan itu, Muntadar al-Zeidi..tidak mengenai bush langsung..kedua2 lemparan itu dapat dielak oleh bush..pandai gak bush ni mengelak ye..

p/s: kalau kena sedas tu..memang bepinau la kpale bush tu..lenkali kepada sesape yang nak buat camtu..pastikan mengenai sasaran okeh..don’t miss..hehe..

Semalam aku membelek2 email aku sebab inbox dia 876 unread..jadi aku nak la delete mana2 email yang tak berguna..tengah aku keasyikkan mendelete tiba2 aku terjumpa satu email yang berguna untuk tatapan semua..sebenarnya email ni dah lama berada dalam inbox aku..dari falique jay..petikan yang aku copy dari email tu adalah seperti berikut..dan ditulis oleh seorang wargenegara Indonesia..

Kata-Kata Negatif dan Kata-Kata Positif


Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan Kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan Kata-Kata yang Positif dan Baik.

Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku ” The Hidden Messages in Water ” karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut di sebutkan tentang banyaknya orang yg melakukan percobaan, sayapun tertarik untuk melakukannya sbb:

  1. Tempatkan Nasi yg sudah didiamkan semalaman kedalam 2 toples dgn jumlah yg sama, kemudian ditutup rapat.
  2. Tempatkan nasi yang sudah didiamkan semalaman kedalam 2 toples dengan jumlah yang sama, kemudian ditutup rapat.
  3. Masing-masing toples di tempelin label yg berisi kata2 sbb:
  4. Toples A : ” Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Say ang Padamu, Aku Sen ang Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.
  5. Toples B : ” Kamu Bodoh, Goblok, Jelek, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku Sebel Tidak mau dekat dekat kamu “
  6. Botol 2 ini saya letakkan terpisah dan pada tempat yg sering dilihat, saya pesan pada istri, anak, dan pembantu untuk membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat botol2 tersebut.

Dan inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu kemudian :

image001

image002

image003

Nasi dalam botol yang dibacakan kata2 negatif ternyata cepat sejali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dengan bau yang tidak sedap.

Sedangkan nasi dalam botol yang dibacakan kata2 positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.

Nah silalah teman2 mencobanya sendiri.

Kalau dibuku di katakan ada yang mencoba dengan tiga botol dimana botol ketiga tidak diberi label apa2 aliasdiabaikan/ tidak dipedulikan dan ternyata beras dlm botol yang diabaikan membusuk jauh lebih cepat dibandingkan botol yang dipapar kata “kamu bodoh”.

Korang bayangkanlahapa yang akan terjadi kepada orang disekeliling kita apabila kita selalu melempakan kata2 yang tidak baik pada mereka?..dorang pon akan jadi macam nasi tu..perkataan2 macam 2 memberi efek kepada nasi..apakan lagi kita manusia..selepas ni, berhati2lah dengan setiap kata yang dilemparkan dari mulut kita..kan kita sedia maklum bahawa setiap ucapan itu adalah doa..

Dan ayat yang terakhir tu menyatakan bahawa botol nasi yang terabai lagi mudah busuk dari yang diucapkan perkataan yang teruk..jadi maknanya..orang2 disekeliling kita yang selalu kita abaikan akan mendapat efek yang lebih teruk..jadi..janganlah abaikan individu disekeliling kita dengan sengaja..hargailah mereka..

Kalau yang tidak mempercayainya..korang cuba la sendiri..bagi aku..walaupun aku tak mencuba lagi..aku rasa ada kebenaran dalam eksperimen ni..aku tak tahu la sama ada benda ni dapat dijelaskan secara saintifik atau tidak..yang pasti tak semua benda dalam dunia dapat dijelaskan secara saintifik..

dan akhir kata dari aku..semoga korang lebih bijak untuk mengucapakn kata2 yang lebih sopan kepada orang disekeliling korang..bukan susah pun kan?..dan kalau ada orang diskeliling korang yang cakap perkataan camtu kat korang..korang nasihatkanlah..kalau korang sebelum ni selalu gunakan perkataan seperti:

“Bodoh”..korang tukarkan la kepada bijak..

“Siyal”..kepada tuah..

“Bangang”..kepada bijaksana atau cerdas..

Cibai kepada cabai..

dan macam2 lagi..korang kreatif2kan la diri tu nak tuka camne..tapi pastikan tukar kepada perkataan yang baik la..

p/s: aku pun sama..before ni banyak gak la terucap word2 yang kureng ni..pasni kena la berhati2..huhu..kena la bagi kata2 pujian plak..

Pada 6 Disember 2008, negara kita telah digemparkan dengan satu tragedi runtuhan tanah yang telah mengorbankan 4 nyawa..sebelum itu satu tragedi runtuhan tanah turut berlaku di Ulu Yam pada 30 November lalu..hanya selang beberapa hari saja kn?..mungkin ada iktibar yang perlu diambil dari tragedi2 ini..peringatan bagi umat2 Islam seluruh Malaysia termasuk aku..

Dulu sekali kita pernah digemparkan dengan runtuhan tanah Highland Tower pada tahun 1993..yang telah mengorbankan 48 nyawa..tapi selepas sekian lama..kita rakyat Malaysia semakin alpa dan peristiwa hitam tersebut tidak lagi dijadikan pengajaran dan seterusnya menyebabkan susulan tragedi2 tanah runtuh yang berlaku baru2 ini..

Kepada pihak kerajaan..diharap mempertimbangkan semula kesemua projek2 tebing tinggi, semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi..bayangkan lah tragedi terbaru ini hanyalah terletak tidak jauh dari tapak Highland Tower..fikirlah..kenapa perkara sebegini harus berlaku?..adakah kerana sifat manusia yang tamak haloba membiarkan pembangunan seperti ini tanpa memikirkan nyawa para penduduknya?..bukan kah ia memerlukan kelulusan dari pihak2 atasan dalam meluluskan projek sebegini?..siapa yang mahu bertanggungjawab apabila kejadian sebegini berlaku?..janganlah kerana tamak..nyawa2 yang tidak bersalah terkorban..sememangnya malang tidak berbau..tetapi..perkara sebini dapat masih dapat dielakkan sekiranya peristiwa 15 tahun lalu diambil serius oleh pihak2 tertentu..

Kat bawah ni antara gambar2 yang diambil (bukan aku yang amek) dari tragedi berkenaan..

Dan sedikit potongan akhbar dari susulan kejadian tanah runtuh di Ulu Yam..

uluyam

Kepada petugas2 yang terlibat dalam proses mencari dan menyelamat..sekalung penghargaan atas jasa2 kalian yang sanggup bersusah payah bagi memastikan keselamatan seterusnya terkawal..pengorbanan kalian tiada ternilai harganya..ketika orang lain meraikan hari raya korban..petugas2 ni bertungkus-lumus memberi khidmat mereka..

Dan kepada keluarga2 mangsa..aku ucapkan takziah..dan takziah juga kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Ulu Yam..

Apapun..ambillah pengajaran dari peristiwa2 yang terjadi ini..dulu2 punya peribahasa..kalau takut dihanyut ombak, jangan berumah ditepi pantai..tapi sekarang ni..kalau takut dihempap tanah, janganlah berumah ditepi lereng bukit..

Sambutan Aidiladha

Selesai sudah sambutan Aidiladha pada tahun ni, dan semestinya ramai yang menyambut kedatangan Aidiladha kali ini dengan mengadakan ibadah korban, menyempurnakan haji, masak ketupat lemang dan macam2 lagi..tahniah kepada umat2 Islam yang berjaya menyempurnakan rukun Islam ke-5..semoga haji yang diperolehi sempurna hendaknya..

Dan seperti biasa, aku tidak lupa juga untuk menyambut kemeriahan Aidiladha kali ini walaupun berjauhan dengan keluarga dan sanak keluarga..mungkin ini pengorbanan jugak kot..pengorbanan seorang penuntut seperti aku ni..hehe..Kali ini aku nak cerita serba sedikit sambutan perayaan yang di sambut oleh aku dan rakan2 di kolej..walaupun dalam suasana hambar..tetapi tetap terasa kemeriahannya..hehehe..walaupun ketiadaan bekalan air merencatkan perjalanan sambutan perayaan kali ini..huhu

Ketiadaan bekalan air sedikit sebanyak telah menyusahkan aku kerana, rancangan pada awalnya untuk melakukan aktiviti masak memasak disebelah malam terpaksa ditangguhkan..pada awal pagi pula, bekalan air masih belum ada dan menyebabkan terbantutnya niat aku untuk mengerjakan sembahyang sunat Aidiladha dan terpaksa lah meraikan saja di katil..hehe..ni yang aku nak complain kat pihak pengurusan kolej kerana masalah macam ni sering berlaku..menyusahkan orang tahu tak??..tower air bukan besar..2 bijik lagi..tapi air slalu je problem..apekejadahnye???..hah..wahai UNIMAS????..dan hampir jam 11.00pagi, barulah bekalan air ada semula…selepas tu bermulalah aktiviti memeriahkan sambutan perayaan oleh kami yang diketuai oleh Chef Bobby..walaupun agak lewat..huhu..

Ni antara gambar2 ketika proses masak memasak…com0rg048

Proses membersihkan ayam dan daging

com0rg050

Penyediaan bawang, kentang dan sebagainya

com0rg066

Gulai kurma ayam..baru dididihkan..

com0rg068

Dan rendang plak..

com0rg075

Rendang yang semakin mengering..

com0rg073

Nasi himpit…ketupat takde..nasi himpit la sebagai ganti..

Selepas beberapa jam kemudian, selepas kelaparan aku berada ditahap tertinggi..iaitu pada jam 4.30ptg…barulah selesai kesemua proses masak memasak..ni gambar2 masakan yang telah siap sedia untuk ditelan…hahaha..

com0rg079

Selepas selesai kesemuanya…lazat tak?..hahaha

com0rg086

Close up rendang

com0rg087

Kurma ayam

com0rg088

Sambal kacang @ kuah kacang

com0rg089

Apabila sudah siap sedia hendak di baham..

Mesti korang terliur kan?..hehe..inilah sajian aku dipetang hari raya Aidiladha..walaupun sederhana tetapi sangat menarik..dan walaupun agak lewat tetapi masih meriah..dan kali ini adalah sambutan perayaan terakhir aku sebagai seorang pelajar di Unimas…sebab aku dah tamat pengajian..sesungguhnya akan ku kenang memori ini..huhuh..poyo plak ayat..sekian dari aku untuk tatapan Aidiladha..

Sebelum tu..layan la klip video dari Raihan..lagu yang sangat aku suka..Haji Menuju Allah..

LABAI KALLAH HUMMA LABAIK

LABAIKALA SYARIKALA KALA BAIK

INNAL HAMDA WALHI’ ATA

LAKAWAL MULK

LA SYARIKALAK

(Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Ya Allah hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Tuhan yang tiada sekutu bagi Mu, Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, sesungguhnya segala pujian nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan Mu, tidak ada sekutu bagi Mu)

Older Posts »