Semalam aku agak kuciwa kerana rancangan yang aku nak tengok takde ditayangkan..iaitu sebuah tv show berjudul “Top Gear“…mesti korang tau kan?..selalunya ditayangkan kat ntv7 pada pukul 3petang..malangnya semalam digantikan dengan cerita kartun la plak..tapi disebabkan tu la aku dapat idea untuk tulis mende ni..aku teringat dengan satu episod dalam tv show ni beberapa tahun lepas..dimana host dia mengutuk kereta keluaran negara kita..iaitu Perodua Kelisa..Saksikan kritikan yang dilakukan oleh host rancangan tu, Jeremy Clarkson..
Amacam?..kurang hajar tak mamat tu?..mesti kita sebagai rakyat Malaysia rasa terhina kan dengan aksi2 dan kata2 yang mamat bernama Jeremy Clarkson tu…selamber badak je dia buat kereta kelisa camtu..mahal tu..kalau kat Malaysia ada RM 40k. Baik dia bagi kat aku, kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan..kalau kat UK kereta kelisa dikira antara kereta yang termurah, tapi kat Malaysia?..kira mahal gak tu..ada kereta kelisa pun dah kira orait..betul tak?..
Rancangan Top Gear sebenarnya dihostkan oleh 3 orang iaitu Jeremy Clarkson (mamat tadi), Richard Hammond dan James May. Top Gear sebenarnya rnacangan mengenai dunia permotoran da telah mendapat anugerah BAFTA iaitu “British Academy of Film and Television Arts” dan NTC “National Television Award” serta ditayangkan di BBC dan mendapat rating penonton sebanyak 385juta diseluruh dunia..hebat kan?..Rancangan ini berbentuk kritikan dan sindiran serta berunsur jenaka..Jadi tentang tindakan Jeremy Clarkson tadi tu..jangan la ada pihak yang melenting sangat sebab banyak lagi kereta2 yang pernah dorang letupkan..ada kebenaran dengan apa yang diperkatakan dengan kualiti kereta kelisa..sememangnya kualiti nya tak setanding dengan kereta2 eropah..tapi da namanya kereta ekonomi..memang camtu la kot..
Tapi ada satu sindiran mamat tu yang agak kurang ajar juga..ayat dia seperti berikut “the Perodua Kelisa, as the worst in the world, built in jungles by people who wear leaves for shoes”…aku pun rasa terhina gak la..(kwajaq punye mamat)..dan isu ini menjadi kontroversi dan pernah diketengahkan dalam parlimen. Tapi ayat ini berkemungkinan ditujukan kepada pengeluar kereta kelisa iaitu Perodua, kerana menghasilkan kereta yang kurang bermutu.
Dan sebenarnya Jeremy ni dia bengang dengan dua rakannya tu Richard Hammond dan James May, kerana dua sahabat dia ni mempertahankan kewibawaan kelisa. Sebab tu kot dia bengang sangat dengan kereta buatan Malaysia ni..video kt bawah ni menunjukkan James May memandu uji dan berpuas hati dengan kelisa..
Apapun aku harap kita ambil yang positif dan diharap pihak Perodua sendiri akan mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kereta keluaran mereka agar tidak dikritik macam ni..aku pun menyokong kereta buatan Malaysia sebab aku sendiri pun pakai kereta Malaysia jugak..Aku bangga dengan kereta Malaysia!!!…Semoga industri pemotoran Malaysia akan terus berkembang pesat dan dapat bersaing dengan kereta2 keluaran eropah…dan tak kena kritik dengan Jeremy lagi..
- Kepada sesiapa yang nak lihat rating Perodua Kelisa oleh Top Gear, korang boleh klik kat sini.
- Kepada sesiapa yang nak lihat harga kereta2 keluaran Perodua yang latest, korang boleh klik kat sini.
- Kepada sesiapa yang nak lihat brochure kereta terbaru keluaran Perodua, Perodua Nautica, boleh la klik kat sini. (pdf)
Adios!..



