Pada 17 Oktober lalu negara kita digemparkan dengan penemuan bangkai khinzir (babi) di Pantai Kemunting, Pengkalan Balak. Dan pada 14 November lalu, negara kita sekali lagi digemparkan dengan penemuan kepala khinzir oleh seorang penduduk Kampung Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah , Md. Rawi Mahmud, 55, yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat. Beliau telah menemui kepala babi itu dalam keadaan tergantung di pagar rumahnya ketika hendak menunaikan solat Subuh di surau berhampiran kira-kira pukul 5.30 pagi. Ekoran daripada peristiwa ini telah menimbulkan huru hara dimana ia telah menyebabkan seramai 500 orang berhimpun dan berdemontrasi bagi mendesak pihak berkuasa menahan individu yang meletakkan kepala babi di kampung itu.
ALOR GAJAH 23 Nov. – Kira- kira 500 penduduk berhimpun di hadapan Pasar Kuala Sungai Baru, di sini hari ini bagi mendesak pihak berkuasa menahan individu yang meletakkan kepala babi di kampung itu baru-baru ini.
Mereka termasuk 30 ahli Pergerakan Puteri UMNO Melaka berhimpun seawal pukul 9 pagi di sepanjang jalan raya di situ sambil memegang sepanduk mendesak kerajaan negeri dan polis menyiasat kejadian itu.
Demonstrasi hari ini merupakan yang kedua selepas demonstrasi pertama diadakan Selasa lalu oleh 20 penduduk Kampung Kuala Sungai Baru yang berarak ke balai polis berdekatan Masjid Tanah di sini, ekoran penemuan bangkai babi di pantai Kemunting, Pengkalan Balak dekat sini.-Utusan Malaysia
Apakah tujuan individu yang melakukan perkara ini masih lagi kabur..dan apa yang ternyata jelas perkara mengenai khinzir ini telah menyentuh sensitiviti kaum Melayu dan orang Islam, serta boleh menyebabkan ketegangan kaum. Adakah berikutan dari kemarahan kaum Cina untuk melemparkan ketidak puasan hati mereka?..ataupun dilakukan oleh individu yang sememangnya bertujuan untuk menyebabkan pertelagahan kaum?..terlalu banyak persoalan..
Jika kita lihat dari perspektif politik dimana sekarang ni isu kaum menjadi perbicaraan hangat..dan janganlah kerana isu seperti ini akan mengkucar-kacirkan lagi keadaan..kepada UMNO, janganlah lagi mengunakan isu perkauman untuk mendapat semula kepopularitian yang jelas sekarang ni semakin tercalar. Sebelum ini dapat kita lihat dimana mereka mengutarakan isu seperti ketuanan Melayu dan projek babi di Selangor, isu UiTM..Semua ni untuk apa?..untuk membakar semangat orang Melayu?..dan demontrasi itu turut dihadiri oleh 30 ahli Pergerakan Puteri UMNO Melaka..apejadahnya?..ni petikan kata dari Ketua Pergerkan Puteri UMNO Melaka, Mas Ermieyati Samsudin,
kehadiran lebih 30 ahli pergerakan itu pada demonstrasi hari ini adalah sebagai tanda sokongan kepada penduduk kampung berkenaan.
Boleh pulak sokong2 demontrasi..kenapa tak ditahan oleh FRU?..mana perginya FRU yang selalu menyibuk bila demontrasi2 jalanan diadakan?..semua cuti ke?..bukan ke perkara seperti ini boleh menyebabkan timbulnya semangat perkauman?..
Apapun, isu ini haruslah di selesaikan dengan segera sebelum ia kian parah..kepada orang2 Melayu dan Cina sekalian..janganlah terlalu mudah melatah..jangan menuding jari kepada sesiapa..janganlah kerana isu ini kan menyebabkan kita bermusuhan dan membenci sesama sendiri..kita sama2 orang Malaysia..yang mempunyai berbilang kaum dan agama..hormatilah sesama kaum..apa yang telah berlaku tidak perlu untuk dihangatkan lagi untuk kebaikan bersama..oki?..
Bersatu kita teguh..bercerai kita roboh..aku sayangkan Malaysia..sebelum tu..korang layan la video kat bawah ni..



