Selesai sudah sambutan Aidiladha pada tahun ni, dan semestinya ramai yang menyambut kedatangan Aidiladha kali ini dengan mengadakan ibadah korban, menyempurnakan haji, masak ketupat lemang dan macam2 lagi..tahniah kepada umat2 Islam yang berjaya menyempurnakan rukun Islam ke-5..semoga haji yang diperolehi sempurna hendaknya..
Dan seperti biasa, aku tidak lupa juga untuk menyambut kemeriahan Aidiladha kali ini walaupun berjauhan dengan keluarga dan sanak keluarga..mungkin ini pengorbanan jugak kot..pengorbanan seorang penuntut seperti aku ni..hehe..Kali ini aku nak cerita serba sedikit sambutan perayaan yang di sambut oleh aku dan rakan2 di kolej..walaupun dalam suasana hambar..tetapi tetap terasa kemeriahannya..hehehe..walaupun ketiadaan bekalan air merencatkan perjalanan sambutan perayaan kali ini..huhu
Ketiadaan bekalan air sedikit sebanyak telah menyusahkan aku kerana, rancangan pada awalnya untuk melakukan aktiviti masak memasak disebelah malam terpaksa ditangguhkan..pada awal pagi pula, bekalan air masih belum ada dan menyebabkan terbantutnya niat aku untuk mengerjakan sembahyang sunat Aidiladha dan terpaksa lah meraikan saja di katil..hehe..ni yang aku nak complain kat pihak pengurusan kolej kerana masalah macam ni sering berlaku..menyusahkan orang tahu tak??..tower air bukan besar..2 bijik lagi..tapi air slalu je problem..apekejadahnye???..hah..wahai UNIMAS????..dan hampir jam 11.00pagi, barulah bekalan air ada semula…selepas tu bermulalah aktiviti memeriahkan sambutan perayaan oleh kami yang diketuai oleh Chef Bobby..walaupun agak lewat..huhu..
Ni antara gambar2 ketika proses masak memasak…
Proses membersihkan ayam dan daging

Penyediaan bawang, kentang dan sebagainya

Gulai kurma ayam..baru dididihkan..

Dan rendang plak..

Rendang yang semakin mengering..

Nasi himpit…ketupat takde..nasi himpit la sebagai ganti..
Selepas beberapa jam kemudian, selepas kelaparan aku berada ditahap tertinggi..iaitu pada jam 4.30ptg…barulah selesai kesemua proses masak memasak..ni gambar2 masakan yang telah siap sedia untuk ditelan…hahaha..

Selepas selesai kesemuanya…lazat tak?..hahaha

Close up rendang

Kurma ayam

Sambal kacang @ kuah kacang

Apabila sudah siap sedia hendak di baham..
Mesti korang terliur kan?..hehe..inilah sajian aku dipetang hari raya Aidiladha..walaupun sederhana tetapi sangat menarik..dan walaupun agak lewat tetapi masih meriah..dan kali ini adalah sambutan perayaan terakhir aku sebagai seorang pelajar di Unimas…sebab aku dah tamat pengajian..sesungguhnya akan ku kenang memori ini..huhuh..poyo plak ayat..sekian dari aku untuk tatapan Aidiladha..
Sebelum tu..layan la klip video dari Raihan..lagu yang sangat aku suka..Haji Menuju Allah..
LABAI KALLAH HUMMA LABAIK
LABAIKALA SYARIKALA KALA BAIK
INNAL HAMDA WALHI’ ATA
LAKAWAL MULK
LA SYARIKALAK
(Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Ya Allah hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Tuhan yang tiada sekutu bagi Mu, Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, sesungguhnya segala pujian nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan Mu, tidak ada sekutu bagi Mu)



