Pada 6 Disember 2008, negara kita telah digemparkan dengan satu tragedi runtuhan tanah yang telah mengorbankan 4 nyawa..sebelum itu satu tragedi runtuhan tanah turut berlaku di Ulu Yam pada 30 November lalu..hanya selang beberapa hari saja kn?..mungkin ada iktibar yang perlu diambil dari tragedi2 ini..peringatan bagi umat2 Islam seluruh Malaysia termasuk aku..
Dulu sekali kita pernah digemparkan dengan runtuhan tanah Highland Tower pada tahun 1993..yang telah mengorbankan 48 nyawa..tapi selepas sekian lama..kita rakyat Malaysia semakin alpa dan peristiwa hitam tersebut tidak lagi dijadikan pengajaran dan seterusnya menyebabkan susulan tragedi2 tanah runtuh yang berlaku baru2 ini..
Kepada pihak kerajaan..diharap mempertimbangkan semula kesemua projek2 tebing tinggi, semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi..bayangkan lah tragedi terbaru ini hanyalah terletak tidak jauh dari tapak Highland Tower..fikirlah..kenapa perkara sebegini harus berlaku?..adakah kerana sifat manusia yang tamak haloba membiarkan pembangunan seperti ini tanpa memikirkan nyawa para penduduknya?..bukan kah ia memerlukan kelulusan dari pihak2 atasan dalam meluluskan projek sebegini?..siapa yang mahu bertanggungjawab apabila kejadian sebegini berlaku?..janganlah kerana tamak..nyawa2 yang tidak bersalah terkorban..sememangnya malang tidak berbau..tetapi..perkara sebini dapat masih dapat dielakkan sekiranya peristiwa 15 tahun lalu diambil serius oleh pihak2 tertentu..
Kat bawah ni antara gambar2 yang diambil (bukan aku yang amek) dari tragedi berkenaan..
This slideshow requires JavaScript.
Dan sedikit potongan akhbar dari susulan kejadian tanah runtuh di Ulu Yam..

Kepada petugas2 yang terlibat dalam proses mencari dan menyelamat..sekalung penghargaan atas jasa2 kalian yang sanggup bersusah payah bagi memastikan keselamatan seterusnya terkawal..pengorbanan kalian tiada ternilai harganya..ketika orang lain meraikan hari raya korban..petugas2 ni bertungkus-lumus memberi khidmat mereka..
Dan kepada keluarga2 mangsa..aku ucapkan takziah..dan takziah juga kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Ulu Yam..
Apapun..ambillah pengajaran dari peristiwa2 yang terjadi ini..dulu2 punya peribahasa..kalau takut dihanyut ombak, jangan berumah ditepi pantai..tapi sekarang ni..kalau takut dihempap tanah, janganlah berumah ditepi lereng bukit..



